Sunday, December 9, 2012

Alhamdulillah...

Setelah sekian lama..biasa lah tak ingat password dan sebagainya..Insya Allah jika diberi kelapangan masa, akan berusaha untuk masukkan entri baru...Semoga kehidupan kalian berada di bawah naungan serta rahmat Allah...Aminn..jumpa lagi masa akan datang...

Sunday, February 13, 2011

Permata Berharga..

Salam..alhamdulilah..berkesempatan juga akhirnya untuk menulis coretan kali ini..harap semuanya sihat di bawah naungan rahmat Allah SWT…

Sahabat-sahabat sekalian..nukilan kali ini berkisar tentang seorang insan yang bergelar ibu..mak..umi..mama…saya percaya setiap makhluk di muka bumi ini tidak kira manusia mahupun haiwan pastinya mempunyai ibu..tetapi keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT akan akal dan fikiran seharusnya diguna pakai sebaik-baiknya..sedangkan haiwan yang tiada keistimewaan akal fikiran mempunyai perasaan kasih dan sayang sesama haiwan. Inikan pula manusia yang sempurna akal fikirannya tiada sekelumit perasaan kasih dan sayang sesama manusia lebih-lebih lagi terhadap insan mulia bernama ibu…

Jika direnung kembali tatkala kita berada di dalam kandungan hingga dilahirkan dan seterusnya dibesarkan..ibu kita menjadi “tak tentu arah” dek kerana ingin menjaga dan mengasuh anak-anaknya supaya mejadi insan berguna..apabila kita sudah berjaya dengan hidup yang mewah dan sebagainya, adakah tergamak kita melihat seorang insan yang dahulunya membelai dan menjaga kita dengan rapi sekalipun tidak mahu  seekor nyamuk ‘menjamah’ darah di tubuh kita dilayan seperti manusia tidak berguna???adakah kita tidak mempunyai akal untuk bertindak sebegitu??adakah kita tidak pernah menggambarkan azab derita yg bakal ‘dihidangkan’ dek kelakuan itu??

Sama- sama kita renungkan adakah kita tergolong dalam kalangan mereka yang berbuat demikian??nauzubillah!!!percayalah…tiada sedikit pun haruman syurga dihidu melainkan kepanasan api neraka yang menyala-nyala…sahabat-sahabat sekalian….seorang ibu tidak pernah meminta balasan akan jasa-jasa yang pernah mereka alirkan melainkan melihat anak-anaknya berjaya menjadi insan yang berguna soleh dan solehah di samping mendoakan kesejahteraan mereka ketika hidup dan selepas mereka telah ‘berpindah’ kelak…


Kasih sayang seorang ibu tidak berbelah bahagi
Gambar hiasan

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan
Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

Ya Allah..ampunilah dosa-dosa kami..dosa kedua ibubapa kami..kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sejak kami kecil..Aminnnn…

Monday, November 8, 2010

Muhasabah jiwa...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w…semoga kita semua berada dibawah  rahmat dan dan lindunganNYA..amin..

Nabi bersabda :

Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu”
 (riwayat Muslim)

 Hemmmm tgk…tak kira la sape pun orang tu kat dunia ni..apa pun pangkat dia kat atas ‘pentas’ dunia ni...walau secantik dan sehensem mana pun orang tu..ikut la title dan gelaran apa yang dia dapat..semua tu bukan jadi ukuran bila kita di hadapan Allah..

apa yang nk simpulkan rentetan daripada hadis tu..setiap manusia nilainya yang paling utama adalah pada amal perbuatannya..bukan pada paras rupanya..kalau baik tingkah lakunya maka baiklah dia pada pandangan kita.dan begitulah sebaliknya..

emmm..tapi pada pandangan Allah selain daripada tingkah laku dan amalan, nilai yang terpenting ialah pada niat orang yang melakukan seuatu amal perbuatan tu sendiri..maksud niat kat sini adalah tujuan sesuatu perkara dilakukan iaitu sejauh mana ikhlas tu ada dalam hati…sebab...suatu kebaikan yang ada ‘udang di sebalik batu’ tak boleh dianggap sebagai ikhlas….

Haa lawan pada sifat ikhlas ni pulak ialah riya’…riya’ didefinisikan sebagai membuat satu kebaikan tu dengan tujuan (niat) untuk menunjuk-nunjuk..(mengampu @ bodek lebih dan lain-lain)..

Seorang yang ikhlas dalam kerjanya bereri dia tak kan melaksanakan kerja yg diamanahkan tu sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’…ATAU…bukan semata-mata kerana upah yang dia dapat…TAPI….dia anggap kerja yang dia buat tu sebagai ibadah…

Kerja dengan niat yang ikhlas akan meningkatkan produktiviti dan kerja-kerja yang dihasilkan tu bermutu…jadi…apabila kita menelusuri denai-denai kehidupan seharian…adakah kita tergolong dalam kalangan orang yg ikhlas??(terpulang pada diri masing-masing nk jawab)...moga-moga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang ikhlas dalam melakukan suatu kebaikan..amin ya rabb..


*renungan buat diri ini dan kita semua...semoga mendapat ganjaran yang besar dan peroleh kejayaan di dunia dan di akhirat sana..aminn..

Tuesday, November 2, 2010

Hemmm *sigh...

Salam untuk semua…semoga semuanya dalam keadaan baik dan berada dibawah naungan rahmat Allah.
Apa nk tulis untuk entri ni????hemm…kali ni aku tak da benda nk ckp…tp nk tulis je..hehe..Cuma aku ada sikit rasa tak puas ati la  dgn sesetengah pihak ni..tak yah la eh mention sapa yang terlibat..tp aku just cter la pe benda yang membuatkan aku tak puas hati kat sini…banyak kali kot…tp aku masih sabor kot setakat ni..hemm x tahu la nk cter mula dari mana..

Aku bukan apa..rase terkilan sikit la bila pihak-pihak yang berkenaan ni wat cm ni…hemmm ada yg satu pihak cm nak menggabaikan tugas dia..ada setengah pihak lagi cm wat tak tahu je ibarat tak de pape yg terjadi (same je kot maksudnya)….aku rasa lau nk di ikutkan semua nya dah besar panjang kan…

so tuhan kurniakan akal untuk fikir..jangan kecewakan hati orang lain kalau kita tak nk hati ni dikecewakan satu hari kelak..haaa kadang-kadang rase geram juga..tp nk wat camne..tak tahu la ape perasaan pihak-pihak tersebut bila wat cm ni…mungkin mereka-mereka yang berkenaan ni jugak rasa berpuas hati dengan tindakan mereka....

Cuma doa aku semoga tuhan beri hidayah kat diri-diri pihak yang berkenaan..jangan salah kan orang lain jika ada perkara-perkara yang tidak djangka akan berlaku..haaa so fikir-fikir kan…sebagai sudara sesama Islam..aku tak putus-putus titipkan doa agar kita semua berada dalam lindungan rahmatNYA..aminnn...





*Selagi matahari tidak terbit dari barat...selagi diri boleh bernafas...selagi pintu taubat masih terbuka..sama-sama   kita (termasuk aku sendiri) muhasabah diri dan memohon keampunan...renungkan....

Friday, October 22, 2010

"Jangan jd macam saya".......

Salam…alhamdulilah bertemu lg dalam entri kali ini..semoga semua berada dalam rahmat dan keberkatan Allah S.W.T….tahun demi tahun..bulan silih berganti….hari berganti hari...percaya atau tidak  sudah semakin dekat waktu itu…waktu yang sering diperkatakan apabila tiba musim nya…

            Musim peperiksaan semakin hampir..secara tak langsung ini peperiksaan untuk semester kelima untuk aku dan kawan “se” jabatan….”se” angkatan dan banyak “se” lagi..apa yg jd isu kat sini adalah persediaan untuk menduduki peperikssaan..biasalah..minggu-minggu nk dekat exam tu la minggu untuk berhempas pulas nk siapkan asigment yang menggunung tinggi…haaa yg ni gara-gara suka wat keja last minit..memag last minit tp jangan sampai “kelapetan”..huhuhu.

            Bila sebut pasal asigment ni…aku percaya masih ada lagi kawan-kawan yang masih bertungkus lumus untuk “beres” kan asigment (aku pun same je)..hehehe..sebagai student kita kena pndai gak bg mase kan???haa bila masa nk study..bila masa nk trening…bila masa nk wat asgment..bila masa…bila masa..bila masa…haaaa dan bila masa lagi…banyak tuu..(sambil berkerut muka time taip ni)..hahah..tp tak pe..aku cuba untuk pandai bagi kan masa dengan baik..uhhu…tak nk melalut panjang-panjang..hemm nk cter kat cni aku tertarik dan menarik dgn satu ungkapan yg di luahkan oleh seorang insan yg bg aku dia sgt best..sgt sporting dan lain-lain…”jangan jd mcm sy”…..tu la ungkapan yg terpacul dari mulut dia masa sesi “talk-talk” lepas trening…

            Bila dia ckp camtu..tiba-tiba aku rasa cm sedih pun ada…sebak pun ada..(tp masih cover lg ngan snyuman) heheheh..apa yg dapat disimpulkan dalam nasihat tu..dia nk tekan kan yg pelajaran sangat penting untuk masa depan kita..hemmm sampai sekarang masih terngiang2 lg ayat tu…huhuhu..so skarang kita semua perlu “bangun” demi menyahut amanat yg dia sampaikan..tak lupa gak ngan amanat ayah bonda kita supaya mereka boleh melihat kejayaan kita jugak…aminnn..semoga kejayaan milik kita di dunia mahupun di akhirat kelak..usaha tangga kejayaan…


    


P/s..mohon maaf andai ada salah dan silap..semoga kita sama-sama mengecapi kejayaan. Untuk kawan2 JPDK/3..gud luck semua..dan untuk team pencak silat…exam memag exam..TAPI!!!!! training jangan LUPA!!!!

Friday, October 15, 2010

Dah dekat pun malas lg ke??

Salam untuk semua..da lama tak tulis kat sini..harapan yang menggunung agar kita semua berada dalam rahmat dan inayah Allah dalam menempuh hari-hari mendatang. Tugas manusia di muka bumi sebagai khalifah tidak akan selesai sehingga malaikat maut menjemput dan ketika itu tiada apa yang berguna lagi. Minggu lalu, saya bermusafir ke sebuah tempat…malam tu dah nak bertolak balik dah..tiket bas jam 9 malam...bas bergerak tepat jam 9.15 malam..tapi di pertengahan perjalanan bas mengalami masalah tayar..

            Di pendekkan cerita, abang driver tu pun teruskan perjalanan jugak..bas bergerak sangat-sangat perlahan.!!tak pasti brapa km/j..masa berlalu dengan pantas, bas berhenti kat satu tempat betul-betul kat depan masjid..sementara nk tunggu bas ganti sampai...Azan subuh berkumandang..penumpang-penumpang lain turun nak solat subuh kat masjid tu..dah habis solat..saya naek bas semula..Masa tu perasan beberapa orang penumpang yg masih tidur.Eeh??diorg ni tak turun solat ke??*sangka baik yg diorg nak tidur jap then baru pergi solat...mata ni da tak boleh lelap..hari semakin cerah...memerhatikan gelagat pelajar pergi ke sekolah yg bersebelahan dengan masjid (masa tu dah nk start perhimpunan pagi Isnin) ..Eeh??diorg ni tak solat subuh lagi ??  *Tiba-tiba hati berbisik sambil perhati kat penumpang tu…masjid dekat je depan mata..nak kata uzur syari’e tak jugak sebab ada yang  lelaki dan muslim...hemmm..lau nak jamak memang jauh sekali..takde pun dalam mana- mana kitab mengatakan solat subuh boleh dijamakkan…


          Hari semakin cerah…memang sah yang penumpang tu tak solat subuh lagi..diorg sanggup ‘layan’ tidur  tu sampai terlepas solat subuh..bukan nk sibuk atau ape ke..kita memikirkan ia kewajipan setiap umat Islam..Solat dianggap mudah sedangkan solat akan dipersoalkan di akhirat kelak…Ya Allah..semoga keturunanku..sahabat-sahabat ku..dan sekalian mulimin muslimat menjadi hamba-Mu yang tidak mengambil ringan tentang ibadah solat..Aminn..



*renungan bersama agar kita beroleh manfaat daripadanya......

Wednesday, August 25, 2010

Jom bangun!!!

Assalamualaikum w.b.t..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w……kerana dengan segala pengorbanan dan kegigihan baginda..pada hari ini kita dapat  menikmati  dua nikmat yang paling besar dalam diri seorang muslim iaitu nikmat iman dan islam.. Oleh itu Allah menjanjikan ganjaran yang melimpah ruah bagi hamba-hambanya yang menghargai nikmat yang diberikan…

            Dalam ruangan kali ini, saya membawakan sedikit perkongsian untuk titipan semua tentang kelebihan dan kebaikan bagi mereka yang ingin atau  meneruskan amalan bangun malam (tahajud). Seperti yang sedia maklum, banyak ayat al-Quran yang menggalakkan umat Islam untuk menunaikan  ibadah tambahan ini. Ramai yang tak mengetahui bahawa ibadah ini mempunyai kebaikan dan kelebihan. Apakah kebaikan dan kelebihan yang dapat digarap bagi mereka yang bangun malam tatkala pada waktu tersebut adalah waktu yang paling 'layan' tidur (reverse psikologi ckit la). Bertepatan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

. “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah 'sembahyang tahajjud' padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji."   
(Surah al-Isra’: 79)



            Kalau kita fikir secara logik, kita tak kan faham akan perintah atau suruhan Allah itu sebenarnya mendatangkan kebaikan. Lantaran daripada kesan bangun malam ni.. Ia dapat mengukuhkan iman, jiwa, mental untuk menghadapi masalah kehidupan duniawi dan lain-lain lagi. Namun, jika diteliti menerusi aspek sains perubatan pula, ketika itu kita dapat sedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara jam 3 pagi hingga terbit matahari, serta menggerakkan otot dan melancarkan darah. Dua kombinasi ini penting untuk kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen yang disedut pada awal pagi tadi tidak akan muncul sehingga pada waktu yang sama keesokkan harinya. Justeru, rugilah bagi mereka yang 'layan' tidur waktu tu.

            Sempena bulan ramadhan yang hampir memasuki fasa 15 akhir ni, apalah kiranya  agar mengorbankan sedikit masa yang ada untuk melakukan ibadah ni. Di samping itu, kita dapat melakukan ibadah sunat lain iaitu bersahur kerana sahur sekalipun tak wajib bagi kita, namun ia jadi titik perbezaan bagi puasa kita dan ahli kitab. Sabda Nabi s.a.w :

       “perbezaan antara puasa kita dan ahli kitab adalah dengan bersahur”.
 (Riwayat Muslim)
           

Sahur juga boleh mendatangkan keberkatan kepada kita. Sabda Nabi lagi :

        “Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, marilah sama-sama kita amalkan bangun malam seterusnya mengamalkan amalan bersahur demi merebut keberkataan dan ganjaran yang berlipat kali ganda. Sekadar perkongsian semoga kita menjadi mukmin yang cemerlang di dunia dan di akhirat… Amiin..

“solat fardu lima waktu adalah solat bagi orang mukmin, dan solat tahajud pula untuk orang soleh. Rebutlah kedua-duanya untuk mendapat 'title' mukmin soleh!!!!”





*P/s...sekadar berkongsi...harap ia berguna kepada kita semua..Insya Allah...selamat berpuasa!!