Wednesday, August 25, 2010

Jom bangun!!!

Assalamualaikum w.b.t..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w……kerana dengan segala pengorbanan dan kegigihan baginda..pada hari ini kita dapat  menikmati  dua nikmat yang paling besar dalam diri seorang muslim iaitu nikmat iman dan islam.. Oleh itu Allah menjanjikan ganjaran yang melimpah ruah bagi hamba-hambanya yang menghargai nikmat yang diberikan…

            Dalam ruangan kali ini, saya membawakan sedikit perkongsian untuk titipan semua tentang kelebihan dan kebaikan bagi mereka yang ingin atau  meneruskan amalan bangun malam (tahajud). Seperti yang sedia maklum, banyak ayat al-Quran yang menggalakkan umat Islam untuk menunaikan  ibadah tambahan ini. Ramai yang tak mengetahui bahawa ibadah ini mempunyai kebaikan dan kelebihan. Apakah kebaikan dan kelebihan yang dapat digarap bagi mereka yang bangun malam tatkala pada waktu tersebut adalah waktu yang paling 'layan' tidur (reverse psikologi ckit la). Bertepatan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

. “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah 'sembahyang tahajjud' padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji."   
(Surah al-Isra’: 79)



            Kalau kita fikir secara logik, kita tak kan faham akan perintah atau suruhan Allah itu sebenarnya mendatangkan kebaikan. Lantaran daripada kesan bangun malam ni.. Ia dapat mengukuhkan iman, jiwa, mental untuk menghadapi masalah kehidupan duniawi dan lain-lain lagi. Namun, jika diteliti menerusi aspek sains perubatan pula, ketika itu kita dapat sedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara jam 3 pagi hingga terbit matahari, serta menggerakkan otot dan melancarkan darah. Dua kombinasi ini penting untuk kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen yang disedut pada awal pagi tadi tidak akan muncul sehingga pada waktu yang sama keesokkan harinya. Justeru, rugilah bagi mereka yang 'layan' tidur waktu tu.

            Sempena bulan ramadhan yang hampir memasuki fasa 15 akhir ni, apalah kiranya  agar mengorbankan sedikit masa yang ada untuk melakukan ibadah ni. Di samping itu, kita dapat melakukan ibadah sunat lain iaitu bersahur kerana sahur sekalipun tak wajib bagi kita, namun ia jadi titik perbezaan bagi puasa kita dan ahli kitab. Sabda Nabi s.a.w :

       “perbezaan antara puasa kita dan ahli kitab adalah dengan bersahur”.
 (Riwayat Muslim)
           

Sahur juga boleh mendatangkan keberkatan kepada kita. Sabda Nabi lagi :

        “Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, marilah sama-sama kita amalkan bangun malam seterusnya mengamalkan amalan bersahur demi merebut keberkataan dan ganjaran yang berlipat kali ganda. Sekadar perkongsian semoga kita menjadi mukmin yang cemerlang di dunia dan di akhirat… Amiin..

“solat fardu lima waktu adalah solat bagi orang mukmin, dan solat tahajud pula untuk orang soleh. Rebutlah kedua-duanya untuk mendapat 'title' mukmin soleh!!!!”





*P/s...sekadar berkongsi...harap ia berguna kepada kita semua..Insya Allah...selamat berpuasa!!

Wednesday, August 11, 2010

Lambaian Ramadhan.....

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani....


Ramadan datang lagi....adakah kita semua sudah bersedia dengan kedatangannya? tepuk dada tanya iman.... sy percaya masih ramai lg yg tidak bersedia dengan  kedatangan Ramadhan yg mulia ini... namun begitu, kehadiran bulan yg penuh kenikmatan dan keberkatan  ini dapat mengubah diri kita menjadi seorang khalifah Allah yg berguna di dunia yg sementara ini. Apabila berbicara tentang puasa terutamanya di bulan Ramadhan yg mulia ini, tiba-tiba terasa  nk berceloteh dan berkongsi ilmu bersama sahabat-sahabat tentang salah satu cabang rukun Islam ni.


Menurut hadis Nabi yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a :" aku mendengar Rasulullah SAW berkenaan Ramadhan : sesiapa yg berpuasa pada bulan Ramadhan disertai dengan keimanan dan dan keikhlasan maka akan diampunkan dosa-dosa yg telah lalu."....sabda Nabi lg dalam hadis yg lain "jika umat  manusia itu mengetahui akan kelebihan yg terdapat dalam bulan ini(Ramadhan)..nescaya umat ku berkeinginan supaya menjadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan ramadhan. Dua hadis di atas telah jelas membuktikan bahawa, bulan ramadhan merupakan satu bulan yg dihamparkan dengan segala nikmat-nikmat yg telah dijanjikan oleh Allah swt untuk hamba-hambaNya yang beriman. Walau bagaimanapun, apa yg dapat diperhatikan dewasa ini, penghayatan Ramadhan  kurang mendapat sambutan. Perkara ini berlaku disebabkan sikap umat Islam itu Sendiri yg mengambil mudah dan "enteng" terhadap salah satu rukun utama Umat Islam.Selain itu, kecenderungan umat Islam masa kini ke arah hiburan yg terlampau sehinggakan mereka lalai dan leka dalam buaian keduniaan yg tidak tahu bilakah ia akan berakhir.


Ganjaran yg besar diberikan kepada hamba Allah yg beriman merupakan satu titik tolak yg sepatutnya direbut oleh umat Islam.Ini adalah kerana setiap perbuatan baik akan di balas dengan ganjaran yg lumayan di sisi Allah. Justeru sedarlah bahawa kedatangan ramadhan ini sememangnya memeberikan 1001 keberkatan kepada kita..