Wednesday, August 25, 2010

Jom bangun!!!

Assalamualaikum w.b.t..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w……kerana dengan segala pengorbanan dan kegigihan baginda..pada hari ini kita dapat  menikmati  dua nikmat yang paling besar dalam diri seorang muslim iaitu nikmat iman dan islam.. Oleh itu Allah menjanjikan ganjaran yang melimpah ruah bagi hamba-hambanya yang menghargai nikmat yang diberikan…

            Dalam ruangan kali ini, saya membawakan sedikit perkongsian untuk titipan semua tentang kelebihan dan kebaikan bagi mereka yang ingin atau  meneruskan amalan bangun malam (tahajud). Seperti yang sedia maklum, banyak ayat al-Quran yang menggalakkan umat Islam untuk menunaikan  ibadah tambahan ini. Ramai yang tak mengetahui bahawa ibadah ini mempunyai kebaikan dan kelebihan. Apakah kebaikan dan kelebihan yang dapat digarap bagi mereka yang bangun malam tatkala pada waktu tersebut adalah waktu yang paling 'layan' tidur (reverse psikologi ckit la). Bertepatan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

. “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah 'sembahyang tahajjud' padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji."   
(Surah al-Isra’: 79)



            Kalau kita fikir secara logik, kita tak kan faham akan perintah atau suruhan Allah itu sebenarnya mendatangkan kebaikan. Lantaran daripada kesan bangun malam ni.. Ia dapat mengukuhkan iman, jiwa, mental untuk menghadapi masalah kehidupan duniawi dan lain-lain lagi. Namun, jika diteliti menerusi aspek sains perubatan pula, ketika itu kita dapat sedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara jam 3 pagi hingga terbit matahari, serta menggerakkan otot dan melancarkan darah. Dua kombinasi ini penting untuk kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen yang disedut pada awal pagi tadi tidak akan muncul sehingga pada waktu yang sama keesokkan harinya. Justeru, rugilah bagi mereka yang 'layan' tidur waktu tu.

            Sempena bulan ramadhan yang hampir memasuki fasa 15 akhir ni, apalah kiranya  agar mengorbankan sedikit masa yang ada untuk melakukan ibadah ni. Di samping itu, kita dapat melakukan ibadah sunat lain iaitu bersahur kerana sahur sekalipun tak wajib bagi kita, namun ia jadi titik perbezaan bagi puasa kita dan ahli kitab. Sabda Nabi s.a.w :

       “perbezaan antara puasa kita dan ahli kitab adalah dengan bersahur”.
 (Riwayat Muslim)
           

Sahur juga boleh mendatangkan keberkatan kepada kita. Sabda Nabi lagi :

        “Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, marilah sama-sama kita amalkan bangun malam seterusnya mengamalkan amalan bersahur demi merebut keberkataan dan ganjaran yang berlipat kali ganda. Sekadar perkongsian semoga kita menjadi mukmin yang cemerlang di dunia dan di akhirat… Amiin..

“solat fardu lima waktu adalah solat bagi orang mukmin, dan solat tahajud pula untuk orang soleh. Rebutlah kedua-duanya untuk mendapat 'title' mukmin soleh!!!!”





*P/s...sekadar berkongsi...harap ia berguna kepada kita semua..Insya Allah...selamat berpuasa!!

No comments:

Post a Comment